Alhamdulillah aku belum tonton Ombak Rindu. Setelah membaca pandangan seorang penonton (yang memberi sokongan pada filem itu), aku rasa tak ingin. Aku menyesal juga baca tulisannya kerana dengan itu, aku dah terbaca tentang beberapa 'sexy bedroom scenes', berserta gambar, yang aku tak dapat terima sebagai seorang Islam dan Melayu. Islam dan Melayu yang aku anggap sangat beradab dan bersopan.
Sejujur-jujurnya, korang selesa ke dengan adegan2 tu? DOSA tu tak payah nak cakaplah - sudah terang dan pasti.
Setelah kita asyik sumbatkan otak-otak orang-orang awam, termasuk anak-anak remaja kita, dengan adegan2 'sexy', malah dalam filem2 Melayu juga, dengan bodohnya kita hairan, kenapa semakin banyak masalah dan jenayah sex yang berleluasa di kalangan orang-orang kita.
Ini adalah antara sebab2 kenapa aku selalu kecewa sangat dengan kebanyakan filem2 Melayu. Kurang keaslian dan lemah dalam pendirian. Asyik nak 'daring' macam orang barat, dengan mengikut anggapan 'sex sells'.
No comments:
Post a Comment