Madame Blossom's Book of Poems

Monday, July 31, 2006

bahasa melayu

Sempena penutup bulan bahasa 2006 ni, yang sepatutnya berakhir semalam, saya akan cuba berblog dalam bahasa melayu (maknanya setidak-tidaknya 95% dalam bahasa Melayu).

Patut kita tukar sesetengah kata singkat yang kita gunakan, seperti :

lol ditukar kepada ktk bermaksud : ketawa terkekek kekek
brb ditukar kepada eke bermaksud : eh, kejap eh.
asap ditukar kepada scm bermaksud : secepat cepat mungkin (jangan di salah maksud kan dengan supply chain management.)

....

kesian jugak bahasa melayu kat temasek ni. Sampai nak kena adakan bulan bahasa. Sebenarnya orang2 cina kat sini pun menghadapi masalah yang sama. Bahasa adalah alat bagi manusia memahami antara satu sama lain. Tak kisah bahasa apa asalkan faham. Secara fitrah, manusia akan gunakan bahasa yang difahami ramai di kalangan mereka.

Kalau nak cakap pasal nak kekalkan budaya, rasanya tak boleh kekal, kerana segala yang di dunia akan fana'.. cuma boleh cuba dileret-leretkan sepanjang mungkin. Namun lama kelamaan akan tetap hilang, sama seperti budaya-budaya lain yang sudah digelar 'silam'. Manusia akan berubah mengikut masa dan keadaan. Budaya yang kekal dalam dunia hingga kiamat, hanyalah budaya syariat Islam yang tetap bersandarkan Quran dan Hadith.

lagi pun, macam mana kita kata nak kekalkan budaya dan bahasa melayu kalau perkataan-perkataan dalam bahasa melayu, banyak ditukarkan pada bahasa 'omputeh', bertopeng melayu? Padahal dah ada sebenarnya perkataan tu dalam bahasa melayu. Akhirnya, apa matlamat yang sebenarnya? Kalau terus terusan gini, akhirnya kita ni cuma akan berbahasa omputeh telo melayu.

contoh perkataan 'omputeh' telo melayu:

ofis - pejabat
objektif - matlamat
maksima - tertinggi
minima - terendah
topik - bab
minda - akal
fokus - penumpuan
infomasi - maklumat

globalisasi - (yang ini sebetulnya takde dalam kamus melayu. Kerana ini adalah unsur tamak haloba, yang bukan lah sebahagian dari pengangan keislaman dan kemelayuan kita. cerita globalisasi ni adalah topik agak hangat bagi saya. Ia harus dibincangkan pada bab nya sendiri, di lain hari dan masa, bila ada mood, insyaAllah.)

Walaubagaimanapun, sebagai seorang melayu, tentunya sayang lah jugak dengan bahasa sendiri. Tentunya ada juga pepatah2 melayu yang disukai, kerana ia mencerminkan kelembutan, budi bahasa Islam dan Melayu.

Contohnya
Yang merah itu saga,
yang kurik itu kundi,
yang indah itu bahasa,
yang elok itu budi.

Ya lah.. nak cuba gunakan balik peribahasa2 cantik2 ni, mana yang masih sesuai sekarang, bila berbual-bual dengan anak. insyaAllah.

p.s. korang tahu tak, kundi tu apa?