Seram jugak kadang-kadang tu, bila tengok orang buat cerita untuk drama atau filem.
Betul kata Bromo, bila kita menulis dan mengarah sesebuah drama/filem, kita ni macam berlaku sebagai tuhan bagi watak-watak dalam cerita itu, dengan menentukan nasib-nasib mereka, juga kesudahan mereka (tentunya dengan izin dan ketentuan Allah juga). Jadi tanggungjawab itu besar sangat, untuk menunjukkan kesudahan yang betul dan pengajaran yang betul.
Saya terfikirkan hal ini sesudah menyaksikan sebuah cerita di mana penulis/pengarah memberi kesudahan yang salah bagi satu watak dalam cerita itu. Allah sudah menjanjikan sesiapa saja yang bertaubat dengan ikhlas atas apa saja dosa2 mereka sebelum menemu ajal, akan diampunkan. Watak itu ditunjukkan sudah lama mengesal dan bertaubat - tapi masih juga diberi bayangan bahawa mayatnya disiksa. Ini menyalahi janji Allah.
Tentu sekali perkara yang lagi satu yang saya menyampah adalah keberanian pelakon-pelakon Islam kita membawa adegan-adegan yang melampau.
Apa yang diceritakan dalam drama atau filem sebenarnya memberi kesan kepada penonton - lagi-lagi yang kurang upaya untuk membentuk pemikiran sendiri dan senang terikut dengan apa saja yang disajikan untuk mata dan telinga mereka.
Astaghfirullah, besarnya tanggungjawab - jika dengan cerita kita, orang jadi putus asa dengan apa yang sebenarnya dijanjikan Allah SWT. Atau orang digalakkan melakukan perkara2 yang tak baik, kerana pengaruh cerita kita. Berapa banyak penonton? Berapa banyak dosa yang kita nak tanggung?
Semuga Allah mengampunkan kita, dan melindungi kita dari melakukan perkara2 yang akan sangat merugikan kita di Akhirat kelak.
"Whoever recommends and helps a good cause becomes a partner therein: And whoever recommends and helps an evil cause, shares in its burden: And Allah hath power over all things." An Nisa 4:85
No comments:
Post a Comment