Thursday, July 26, 2007

sudah habis kerja hari ini


Untuk julung-julung kalinya, saya telah menyelesaikan semua kerja-kerja yang saya telah rancang untuk selesaikan hari ini.

Maka, saya fikir, adalah baik, jika saya menghabiskan masa kerja yang tinggal sedikit lagi ini, untuk meng-update blog saya.

Namun takde lah cerita apa yang menarik sangat, yang ingin saya sampaikan sekarang.  Kalau ada pun, agak terlalu panjang untuk ditaipkan semua - nanti takut TER-overtime pulak.

Malam ini saya akan pergi makan malam dengan rakan-rakan sekerja, kerana salah satu dari mereka akan membelanja kami makan!  Ini adalah kerana, dia baru mendapat ijazah MBIT.  Saya akan cuba (try / hawil) petik gambar yang baik-baik, untuk diposkan ke blog saya nanti.

Sementara itu, saya sangat berharap, yang anda semua akan 'have a sweet night' (susah nak translate ke Melayu).

Ha.. waktu kerja pun baru tamat.

Sekian wassalam.

p.s. hadi, hanaa, eema - pastikan kerja rumah dah selesai, by the time I get back.  Love you!

6 comments:

  1. sudah pasti anda tidak mengarang dalam bahasa baku...tapi bahasa KAKU! lolz!!!

    ReplyDelete
  2. manis sungguh penulisan Bahasa Melayu anda :-)

    what's with the Arial font? hehe.

    ReplyDelete
  3. wat a cute entry this is!

    hahah

    ReplyDelete
  4. aik? macam pelik jer n3 madame blossom ari ni? naper ek?

    ReplyDelete
  5. eh your kids baca your blog ke?


    xox

    ReplyDelete
  6. spidey! at least.. appreciate la effort nyer.. :p

    am,
    itu macam tak sengaja.. post from ofis email.

    fiza,
    like me right?

    su,
    pelik ke? =D

    dzu,
    kadang2 aje..

    ReplyDelete